Iklan kerja kosong di blog
Malaysian Breastfeeding Mum
Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal!
Friday, April 13, 2012
Friday, February 24, 2012
Pullman Hotels & Spa, Bangkok Thailand
Rabu lepas mama berkesempatan merasa kemewahan hotel lima bintang di Bangkok, Thailand. Ni sedikit sebanyak gambar dan pada pandangan mama memang satu pengalaman yang hebat dan of course layanan hotelier sangat2 mesra terutama Jin, gadis Siam yg cantik dan peramah.
Ni la biliknya, 3,884.00baht per nite. But this is business rate.
Facilities lengkap, TV banyak channel sesuai untuk mama yang selalu susah nak tidur kat katil selain dari rumah.
Pandangan Bilik Air dari katil. Ada sliding door antara bilik air dan tempat tidur
mini bar, fridge, safety box, torch light, iron, sleeping robe, bath robe, hair dryer semua ada tersedia.
Sudut pandangan katil dari bilik air .
Nampak exclusive kan?
Berendam dalam air panas memang soothing...:)
Ruang kerja mama. Apalagi dengan wifi yang laju, mama berjaya upload semua gamba bangkok trip and download a lot of youtube oldies mtv's
Sambil2 berchatting dgn hubby, uploading photos, and downloading videos, mama lepak dulu kat sofa sambil hirup coffee...relaxing after a busy day.
Cosy bed dengan feather pillow mama rasa macam nak bawak balik je satu katil ni ke Malaysia...
My rate: 10 stars! plus Pullman Hotel ni ada King Power Shopping Complex sebelah je dgn hotel ni. Duty Free! So cuma tunjuk passport and register, then shop till you drop! Don't worry ada perkhidmatan percuma penghataran barang2 shopping korang ke airport. Just pergi booth King Power di Suvarnabhumi Airport to claim your things. Too bad trip mama cuma 1 malam. Banyak lagi yg belum dijelajah. Will come back very soon!
Labels:
Hotel Review,
Pullman Hotel Bangkok
| Reactions: |
Sunday, February 19, 2012
Samsung Galaxy Tab 7.7 Now In Malaysia!
It's been a while since I last peeking on Nuffnang website. What I've got? This superb Samsung Galaxy Tab 7.7! This is really awesome!
This adorable tab is getting smaller and handy which is 7.7 inch! The display is 1280x800 which is combined with the super AMOLED Plus panel gives you a detailed images and bright, rich colours. The thickness is just dropped my jaw wide open! it is 7.89mm! The slimmest in the world!
With its elegant brushed-steel finish and small, sleek body, ready to slip into my cute little backpack and is a real bliss for a traveller like me!
Wait a minute! Owh, the back camera is only 3-megapixel? How can I live with that? My Galaxy S 2 is 8Mp! And furthermore, the front shooting camera is only 2Mp...I'm a photo shooter (not yet photographer) so, my requirement must at least 5Mp. But anyway, they still have something better which it has a 5100mAh battery which delivers up to 10hours of non stop video playback! You can just sit, relax and enjoy your photos or videos you have captured on it!
What's more, this tab runs on a 1.4GHz dual core processor with the gorgeous Super AMOLED Plus panel giving you a great contrast, vivid colours and better power efficiency. Enjoy a wider viewing angle with a pixel density around 200PPI.
Just like Ipad, there are a range of internal storage – 16GB, 32GB and 64GB, with Micro SD card support for up to 32 GB for you to choose. It comes with the latest Android OS, version 3.2 (Honeycomb).
Something you should consider !
Labels:
galaxy tab malaysia,
justin bieber,
latest gadget in malaysia,
Samsung Galaxy tab 7.7,
samsung malaysia
| Reactions: |
Monday, January 30, 2012
Hafiz Juara AJL 26- Awan Nano
Akhirnya berakhirlah sudah apa yang ditunggu-tunggu... Hafiz akhirnya menyandang Anugerah Juara Lagu melalui lagu Awan Nano ciptaan Lirik oleh Buddhi, Musik dikompos oleh Sifu. Lagu tu bila dengar betul2 baru terasa best. Tapi mama konfius nih...pakcik yg buat gimik sbg ayah Hafiz dlm persembahan tu bapak Hafiz betul ke?? Macam Hermantino jek...Sori lah mama ni bukan pengikut industri tanah air mahupun antarabangsa. Mama kurang arif sangat bab2 artis. kalau tanya jenama dan harga pampers, susu, baju dan mainan untuk anak2 memang mama lebih arif sebab mama ni terlalu obses dengan Afzal Akhtar..hihi..Oklah, berbalik kepada AJL..
| rentakartis.com |
Juara Lagu- Hafiz ( Awan Nano)
Tempat Kedua- 3 Suara-Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shiela Amzah ( Beribu Sesalan)
Tempat Ketiga- Faizal Tahir
Vokal Terbaik- Hafiz (Awan Nano)
Persembahan Terbaik- Alyah (Kisah Hati)
| gua.com.my |
Kalau ikutkan minat, mama suka kalau Alyah menang sebab lagu dia best and suara dia mantap. Tapi Hafiz lebih bertuah sebab lagu dia memang best dari segi lirik dan muzik serta pembawaan Hafzi memang sempurna.... Walaupun investment Hafiz paling rendah malam ni, tetapi dia berjaya membuktikan dia sememangnya berbakat. Syabas Hafiz! Kepada yang lain-lain, teruskan mewarnai industri muzik tanah air!
Labels:
Alyah,
Anugerah juara lagu 26,
Awan Nano juara,
Faizal Tahir,
Hafiz AF,
Hafiz Juara AJL 26,
Yuna
| Reactions: |
Monday, January 23, 2012
Macamana Nak Stop Anak Pakai Pampers/ Diapers/ Nappy?
Post kali ni specially for kawan blogger mama Wan Nurul Hezrina dan semua ibu2 yang cuba untuk potty train your child for the first time!
How to potty train your child?? Hmm..Panjang ceritanya..mula2 mama slow talk dgn afzal. lagipun afzal dah 3 tahun so mama rasa dia boleh faham walaupun tak pandai cakap lagi. then mama cakap "mama nak tengok afzal tak pakai pampers.kalau afzal sayang mama, afzal tolong mama ye.." Then dia pun setuju tapi ada masa2 dia akan mintak "mama nak pipers.." mama cakap pampers dah abis, mama takde duit nak beli.." dia pun ok je. Pastu slowly drp siang je, mama cakap lagi kita cuba satu hari...then mama up sket kita cuba tido tanpa pampers pulak dgn syarat tempat tido kita alas kain byak2. afzal kencing tak byk so ok la..Awal2 cuba memang dia akan terkencing dlm seluar sb tak perasan. So, after a few days mcm tu mama akan cuba marah atau cubit just to make him more alert bila nak terkencing (dlm hati niat dgn penuh ikhlas, kita cubit utk buat dia cepat faham bukan saje nak sakitkan.jgn cubit kuat sgt sekadar bg dia tau kencing dlm seluar salah..) Mama ajar dia during weekend je..3 weekends, then the fourth week, mama terus sorok segala saki baki pampers and beli child toilet seat yang cute utk attract. Alhamdulillah minggu kedua dia dh pndai kencing sendiri, n letak toilet seat sendiri bila nak melabur. pendapat mama, kita cuba slow talk biar dia faham, then cuba implement slowly tanpa marah, last baru kita cuba ajar hard way (cubit klau dia lambat improve potty skill). InsyaAllah...Yg penting anak kita pandai communicate...bercakap tak semestinya pandai communicate..Communicate tu bila dia pandai cakap dia nak kencing, dia sakit, dia lapar, itu communicate...Meaning dia tau meluahkan perasaan dia, then try tanya soalan, "afzal nak kencing?" every 5 minutes to remind him that he is not wearing diaper, so he HAVE to tell if he needs to go. InsyaAllah, within few days dia akan cepat belajar. Cubalah! Any queries or kejayaan share dgn mama ok?
| Reactions: |
Friday, January 20, 2012
Izwan Pilus Meninggal Dunia
| Izwan Pilus bersama Aril- Berita Harian.com |
Baru terbaca di Fb sukan bola sepak malaysia mengatakan penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah. Beliau meninggal pada 6.15 petang tadi. Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi AF Aril akan dikebumikan di kampungnya di Jalan Taman NYalas 2, Taman Nyalas, Jasin Melaka. Terdahulu, Arwah dan adiknya dimasukkan ke Hospital PUSRAWI akibat demam berpanjangan.
p/s: semoga roh Arwah dicucuri rahmatNya.
p/s: semoga roh Arwah dicucuri rahmatNya.
Untuk berita lanjut sila lawati blog http://akudansesuatuz.blogspot.com
Labels:
artis meninggal,
izwan pilus,
izwan pilus meninggal
| Reactions: |
Thursday, January 19, 2012
Kemalangan Ngeri Di Gong Badak
GONG BADAK - Empat lelaki maut ditempat kejadian dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga kereta di Jalan Sultan Mizan bersebelah Taman Semarak dekat sini lebih kurang jam 6.30 petang.
Dalam kemalangan itu, mangsa yang maut dikenali sebagai sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21 dari Felda Mengkawang Ajil dan rakannya, Mohd Zaini Abdul Razak, 43 dari Ayer Keroh, Melaka yang meniaki kereta Perodua Kancil.
Manakala dua lagi adalah tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Mohd Faris Mohd Shaimi, 26 dari Perak dan Mohd Rizal Ibarahim, 30 dari Baling Kedah yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Honda.

p/s: Musim perayaan tak lama lagi. Harapnye kita semua lebih berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.
Labels:
eksiden ngeri,
Kemalangan ngeri
| Reactions: |
Saturday, January 14, 2012
Towards Better Mama Part 2
Hari ni hari Sabtu. Cutiii!!!!
YAhuu....
Owh, lupa nak cakap Afzal dah berjaya berpisah dengan diapers. Caranya? tak susah sangat sebab every weekend mama akan cuba ajar tak pakai pampers. Sampai dah beberapa kali nampak dia dah ok, baru lah implement sepenuhnya. Alhamdulillah dah 2 minggu dia tak pakai pampers.
Hari ni, mama bangun pagi buatkan breakfast kesukaan Afzal. Pancake! Dia memang akan makan 2 keping dengan syarat biar dia sendiri yang picit chocolate atas pancake dia...Macam2 kan? Habis makan pancake dia dok layang vcd cerita ice age. Abis ice age, Garfield, abis garfield, ice age 3 pulak..Lantok le asalkan kamu happy.
Tengahari mama teringin nak makan ala2 jepun. So, masak nasi dengan miso sup. Lauk simple je.Mama masak chicken crunchy macam kat domino pizza tu...Dia makan semangkuk. Then dah abis makan, dia tolak kerusi kat sinki. Katanya nak basuh pinggan. Mama bagi dia bekas2 plastik. Haa basuh le. Muka dia serius buat kerja. Mama saja biarkan. Nak bagi dia rasa macam orang besar. LAgipun budak jenis dia ni memang suka try apa yg org dewasa buat. Asalkan tak merbahaya, mama bagi lah dia buat tapi mama memang ada kats sebelah takut dia jatuh kerusi...
Petang, masa mama tertido depan tv, tiba2 Afzal kejutkan. katanya lapar nak makan roti. Alamak roti pulak takde. Nampak dia mencari2 makanan. So, mama bagi dia biskut. Suka sangat dia. Abis makan biskut mama ajak dia makan buah. Tapi dia nampak dah layu je mata. Tak sampai seminit, Dia dah tarik bantal and tido depan tv. Now dia tido dengan lenanya. Kesian tengok dia. Dah la takde adik beradik nak main, mama plak busy. Next week nak kena outstation. Nak ajak dia, kut dia penat. Jauh sgt...
Labels:
Diapers free,
domino pizza,
Parenthood in Malaysia
| Reactions: |
Towards A Better Mama part 1
Semalam, mama cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk Afzal. Bukan apa, Afzal makin membesar dan mama makin busy dengan kerja. So, mama nampak Afzal makin nakal maybe sebab cuba tarik perhatian mama. So, sempena tahun baru mama ingat nak cuba luangkan masa untuk Afzal apatah lagi mama pun plan nak dapatkan anak no 2. So, before tambah lagi sorang biarlah yang ada ni happy dan dapat perhatian yang secukupnya.
So semalam, balik kerja, mama cakap En Ayah, kita makan kat luar je.So, semalam makan je kat Jusco and then sambil tu biarkan dia main kat playground.
Dah makan, mama bawak Afzal main bowling kat arcade. Nampak dia happy sangat. Dah habis semua coins, Kiotorang pun balik le ke rumah.
Kat rumah mama nampak dia acam dah ngantuk, so mama bacakan buku cerita chugginton sambil teka2 color. tapi dia jadi segar balik. So, mama ajak dia kira syiling. Mama bagi dia sepuluh keping syiling and suruh dia kira. Laju je dia kira 1-10. Lama2 dia pun masuk bilik amik bantal dan tertido sebelah ayah depan tv.
Nampak muka dia happy and tido pun awal...

Saturday, December 24, 2011
BONUS HUJUNG TAHUN!
| motivasi-kerja.com |
Wahhh...hujung2 tahun ni mama sure semua orang senyum lebar sampai ke telinga ye dak? Apa taknya...bulan ni kebanyakan orang dapat bonus hujung tahun. Alhamdulillah mama juga bersyukur untuk rezeki semua. Tapi walaupun duit tu banyak, jangan lupa menyimpan untuk masa sesa2 esok. Lagipun mama ada borak dengan a few bussinessman. depa orang cakap sekarang telah masuk zaman gawat balik. Sekarang maybe tak terasa tapi tahun depan kita tak tau. So, pandai2 lah menyusun perbelanjaan dan jangan lupa untuk simpankan sebahagian sebagai emergency fund. Kalau korang nak tau macamana nak susun perbelajaan, korang email je mama. Nanti mama ajarkan caranya. Tapi buat kerja ni kena konsisten dan dalam hati kena sentiasa ingat, anak2 jangan sampai takde duit nak belajar esok...Kenapa?haa...yang tu nanti mama kongsikan dalam post seterusnya..Bye!
| Reactions: |
Sunday, December 18, 2011
Kasih Ibu Bawa Ke Syurga
Mama baru je balik dari rumah Kak Long di Jalan Duta. Saja nak berkumpul satu keluarga. Kami kalau cik (mak) datang KL mesti amik kesempatan berkumpul ramai2. Seronok. Masa tu la kita banyak je idea nak masak apa untuk jamu sekeluarga... Lagipun sebulan dua ni memang mama kerja penat sangat. Sampaikan rumahtangga pun dah sedikit terabai, badan lagi penat, otak pun dah beku sebab kelesuan. Mulalah fikiran sentiasa negatif dan cepat sangat moody. Kesian Afzal dan En Ayah. So, bila kakak mama cakap nak bawa cik datang KL. Mama ajak En Ayah pi kumpul dgn diorang. Seronok sangat! Kami buat Apam Polkadot yang gebu dan sangat sedap! Afzal sorang makan sampai berbelas bijik...Akhirnya, tak sempat nak bawak balik, dah licin...Pastu Pak Teh And Kakak buat cheese cake pulak. Tapi tak sempat merasa sebab Afzal dah ngantuk so kami pun beredar le balik...Tapi tak lupa kesedapan makan Laksa Johor, Nasi berulam petai lauk Ikan goreng mabung dan sambal bilis tempe termasuk all time favourite En Ayah SAMBAL BELACAN!! Perghh!! Memang nasi seperiuk besar pun habis...Before balik Kak Long pasang cerita Toyol...HAHAHA! gamat Apartment Kak Long dengan kami berbelas orang gelak... Yang kecik2 mula lah dok tiru gaya si toyol tu...Memang happening and stress mama yang berbulan tu memang gone with the wind lah bak kata Mat Saleh...Now kat umah...Diorg berdua dah tido tinggal mama yang mengantuk tapi tak lena...Kekadang teringat insiden kat tempat customer tempoh hari, kadang2 teringat macamana mama boleh kerja kat tempat ni...Banyak la yang dok terjah otak ni. Tapi mama malas nak fikir. Mama nak kembali ceria dan positif macam beberapa bulan lepas...Mama nak lupakan perkara2 yang tak best yang boleh mengganggu momentum mama sempena tahun baru yang tak sampai 2 minggu lagi...Azam mama macam tahun2 lepas, untuk buat yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah, setiap tahun mama capai peningkatan so janganlah tahun 2012 ni tak berjaya ye tak. Okay lah, mama kena paksa diri untuk tidur untuk bergerak lebih aktif dan berfikir lebih positif dan proaktif! Balik tadi mama peluk mak mama kuat2. Rasa macam tanak lepaskan dia. Rasa macam nak tido je kat sana dengan dia. Sebab apa? sebab bila peluk dia, terasa tenang dan jauh dari segala masalah dan stress. Dia dokan mama murah rezeki..Mama happy masih dapat kasih sayang seorang ibu yang tak mungkin dapat mama balas hingga akhir hayat mama. Cuma mama doakan semoga Allah SWT sentiasa melindungi cik dan kurniakan kesihatan tubuh badan cik serta kuatkan kasih sayang kami sekeluarga supaya kami terus dapat menjaga cik dengan lebih baik. Amin.
| Reactions: |
Tuesday, November 22, 2011
Perkara Penting Untuk Saat Kelahiran!
Inilah perkara yang mama akan siapkan sebulan sebelum bersalin. Memang susah nak pastikan apa yang penting untuk dibawa terutama bagi yang pertama kali menjadi ibubapa. So kali ni mama nak share dengan korang : Hospital Bag Checklist.
1-Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu
Bagi yang suka mandi.
2-Diapers saiz newborn
10-15 keping.
3-Baju bayi
Baju mengikut berat jangkaan bayi. Bawalah 3-4pasang. Baju newborn tidak perlu disediakan banyak kerana berat badan bayi akan cepat meningkat selepas sebulan kelahirannya.
4-Maternity Pad
Pastikan pad ibu bersalin kerana pad biasa tidak dapat menampung.
5-Seluar dalam
6-Bra Menyusu
Yang ini penting untuk memudahkan anda menyusu ketika di dalam ward. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.
7-Flask Air Panas
Ini penting untuk memudahkan anda membancuh air untuk sang isteri yang baru sahaja menjalani proses bersalin. Bancuhlah air milo atau nestum untuk membekalkan tenaga yang hilang di saat kelahiran bayi anda dan sekaligus dapat menambah bekalan susu ibu.
8-Baju Si Ibu
Inilah perkara yang paling mama lupa nak bawa ketika lahirkan Afzal. Makanya terpaksa lah mama pakai sweater yang sendat mendat. Pastikan pakaian yang dibawa mengikut saiz ketika mangandung kerana selepas bersalin anda tidak serta merta turun ke saiz sebelum mengandung (pstt..inilah yang berlaku kepada mama...)
9-Wet wipes
Ini digunakan untuk mengelap badan bayi atau ketika menukar lampin sekiranya anda berseorangan dan tidak mampu berjalan jauh.
10-Kain Napkin
11-Selimut bayi
Bayi ketika di dalam kandungan sentiasa berada dalam suhu yang sederhana dan apabila lahir, keadaan persekitaran mungkin asing baginya. Dengan membalut badannya dengan selimut, kita dapat menyediakan persekitaran yang hangat dan selesa. Selain itu dengan membalut badan bayi, bayi akan mudah tidur lena dan tiada masalah kembung perut.
12-Minyak Yuyi atau Minyak Telon
2 Jenis minyak ini penting untuk memastikan bayi sentiasa selesa dan mngelakkan kekembungan.
13-Bantal dan tilam bayi
Ini penting untuk bayi tidur lebih selesa dan lena.
14-Bakul/ Baby seat
Perkara ini juga penting apabila anda ingin membawa bayi pulag ke rumah selepas keluar daripada wad.
15-Kamera
Bagi setiap ibu bapa, perkara pertama yang ingin dilakukan ialah merakamkan saat-saat pertama kehidupan bayi. maka jangan lupa untuk membawa kamera dan pastikan anada mengambilnya dalam keadaan menutup langsir kerana di sesetangah hospital kerajaan, kamera adalah tidak dibenarkan.

Sunday, November 20, 2011
10 Perkara Yang Penting Ketika Mengandung
Dah lama tak mengupdate blog mama ni. Bukan apa, lately tenaga tak berapa mengizinkan. Terlampau berat tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik, pekerja dan juga seorang hamba Allah SWT. Tapi mengenangkan minat terhadap blogging, mama cuba cari masa walaupun anak susah betul nak berenggang dengan mama dia ni..So hari ni mama nak share dengan you all berkenaan 10 perkara penting yang korang perlu tau untuk mengahrungi tempoh mengandung tanpa masalah.
1-Vitamin Pranatal
Vitamin Pranatal akan memastikan anda dan kandungan anda mendapat nutrien penting yang diperlukan ketika mengandung dan ia bergantung kepada anda dan doktor anda unutk memilih apa yang terbaik untuk anda. Apa yang paling penting ialah anda perlu mengambil asid folik yang mencukupi di dalam diet seharian anda untuk mengellak berlaku ketidaknormalan pertumbuhan bayi di awal kandungan.
2-Baju Mengandung
Ketika mengandung, apa yang berlaku adalah perubahan hormon yang ketara. Maka badan anda akan berasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu pakaian mengandung dari fabrik yang selesa dan saiz yang sesuai mampu menyelesaikan masalah ini.

2-Coli Pranatal
Memilih bra yang sesuai adalah perkara yang penting yang perlu dilakukan untuk memastikan payudara yang membengkak dan membesar ketika mengandung sentiasa dalam keadaan selesa. Dengan memakai bra yang mampu menyokong berat payudara, dapat mengelakkan payudara anda hilang keanjalan. Terdapat beberapa jenama yang boleh anda pilih seperti Avon, Mothercare, Modernmum dan sebagainya.
3-Seluar Panjang Yang selesa
Seluar yang selesa amat diperlukan ketika mengandung. Pastikan anda membeli seluar mengandung daripada fabrik cotton yang menganjal kerana perubahan saiz akan berlaku sepanjang mengandung. Denagn ini anda tidak perlu terpaksa membeli seluar mengikut perubahan saiz dan berat badan terutama di trimester terakhir anda.
4-Kasut
Ketika mengandung, anda tidak lagi dapat menyarungkan kasut-kasut tinggi. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti jatuh. Ketika ini juga kaki anda akan mudah berpeluh dan membengkak. Oleh itu pilihlah kasut yang bertapak rata serta mempunyai pengudaraan yang baik untuk memberi keselasaan sepanjang mengandung.
5-Produk Kecantikan Yang Selamat
Kebanyakan produk kecantikan mempunyai kesan sampingan untuk bayi yang anda kandungi. Sebaik-baiknya elakkan daripada memakai sebarang produk kecantikan kecuali dipastikan ianya selamat untuk ibu mengadung.
6-Bantal
Nampak remeh, tetapi menggunakan bantal yang sesuai mampu memberi tidur yang mencukupi serta sokongan yang baik untuk badan anda yang membesar terutama diakhir trimester.
7-Produk Cucian Yang Selamat
Kehadiran bayi dalam rumah anda seharusnya disambut dengan keadaan rumah yang bersih dan selamat. Namun tidak semua bahan cucian yang kita gunakan adalah selamat. Maka pastikan detergen atau produk cucian yang digunakan selamat terutama untuk mencuci botol susu dan peralatan bayi. Baca label dan anda boleh juga mencari maklumat di website-website penguna untuk kepastian
8-Buku Kelahiran Bayi
Walaupun terdapat banyak maklumat di internet, tetapi membaca buku pranatal sambil berehat merupakan satu perkara yang boleh menenangkan diri anda serta dapat memberi maklumat terutama bagi anda yang amat tertunggu-tunggu kelahiran si comel. Banyak perkara yang dapat anda perlajari dengan membaca buku pranatal. Terdapat banyak buku-buku prantal yang dijual dipasaran. Pastikan ianya berbaloi!
9-Losyen Kulit
Perut yang kian membesar akan membuatkan kulit anda menegang dan berasa gatal. Dengan menyapu losyen dapat membekalkan kelembapan bagi kulit seterusnya mengurangakn rasa gatal. Terdapat juga losyen pelembap yang dapat mengelakkan 'strecth mark' hadir dalam kidup anda. Anda mungkin boleh memilih losyen dari jenama berikut : pureen, palmer's, bio oil dan lain-lain.
10-Dokumentasi Atau Diari Ketika Mengandung
Mungkin idea ini nampak kurang penting berbanding vitamin pranatal, baju dan buku pranatal. Tetapi dengan mendokumenkan tempoh mengandung anda, anda dapat mengingati kembali saat-saat manis tersebut terutama apabila anak anda sudah besar nanti. Anda akan bersyukur anda pernah mempunyai diari ini.

Monday, November 7, 2011
Hotel Review- Swiss Garden Resort, Kuantan Pahang
Kali ni mama nak bawak you all melawat ke Swiss Garden Resort, Kuantan. Mama dapat stay in this quite big room masa team building. This is a very spacey room an mama suka sangat!
King size bed yg memang empuk utk doze off! Cuma mama tak berapa suka the lighting yg terlalu malap macam takde letrik gayanya...Yup, selain daripada sofa kat dlm bilik, ada jugak kerusi rehat di balkoni. Tapi mama dapat yang menghadap semak samun instead of menghadap laut. Anyway, tetap best! Mama suka the facilities and makanannya.
| Reactions: |
Friday, November 4, 2011
TGV Cinema Is Awesome!! Yeah!
| 701panduan.com |
Apa pun THANK YOU SO MUCH to TGV Cinema for the thoughtful and awesome birthday gift. MMMUAHHHH!
p/s: check this out!
Labels:
Free movie pass,
Movie pass,
TGV Cheras Selatan,
TGV cinemas
| Reactions: |
Tuesday, October 18, 2011
My Happiest Moment
Everybody has their own happiest moment. This is my happiest moment! To be able to capture my son's big and adorable smile! Look at how much he smile from his heart. From the moment I captured this photo, I vow that I will spend more time for him and shower him with a lot of loves. To be able see his big smile all his life and frame them just like freezing those moments to remember them whole of my life.
| Captured on the day of his first attempt to scare his dad with a choked-like drama..My son is a Drama King! Trust me! But sadly we lost the video in Car break-in last month. |
| Reactions: |
Friday, October 7, 2011
SAMSUNG GALAXY S II- Product Review
After my HP PDA, I never purhase any smart phone anymore since I was so frustrated with the HP PDA. And it has been a white elephant for more than 4 years now. But when I lost my basic samsung phone due to car break in last month, I never think twice to purchase SAMSUNG GALAXY S II a day after that incident. WHY? Because of all the sweet things my husband keep saying almost everyday. Finally I succumbed to those talk and swipe my credit card and suscribe DIGI smart plan. Well, that's the cheapest way to get it! RM1399!! So, affordable when you just swipe your credit card and now is the
time to empty out my wallet to pay since my BANK RAKYAT credit card didn't have the 0% EPP scheme. Cett!!! But of course after about 3 weeks exploring this smart phone, the more I familiar with it, the more I love it! So so so in love with it until my son and my husband are being left alone and lonely...Hehe..Well, it really happen! So many thing I can do with it since it has a big screen. Owh, you know what? have you check out the Samsung LED tv? The resolution of this galaxy S II is look like the same. Try download a music video from youtube, you'll get a very high resolution and seriously it's like watching it using the LED tv! Mindblowing! Pssttt...this info only for those who are married, you can also download the kamasutra ebook for free from samsung apps store..hehe..but I never download it yet coz...malu lah kat my hubby! ahaks! What else?? the camera has a flash which you cannot find in Iphone 4. The photo I took using its camera also won me third prize in my company photography contest. Soooo many things I wanted to share with you but I think you should get it and you'll never regret. provided you have the data plan. everything is wonderful!
![]() |
| nice? wait you capture it by yourself! I won 3rd prize with this photo! |
Labels:
digi smart plan,
galaxy s 2 vs iphone 4,
Hp pda,
kreadit kad bank rakyat,
Samsung galaxy s 2
| Reactions: |
Saturday, September 17, 2011
kuatkanlah semangatku.
Sedih betul mama. Dahlah penat kerja tk habis lg, jd pulak mcm ni. Kete mama kena pecah masuk. Habis semua hilang. Mama tanak maki2, mama doakan diorg bertobat.
Published with Blogger-droid v1.7.4
| Reactions: |
Monday, September 5, 2011
Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim?
| nurizspace.com |
| ashrafmuslim.blogspot.com |
Labels:
ashraf muslim
| Reactions: |
Wednesday, August 24, 2011
Nak Jadi Jutawan?
Haa...Sekarang ni mama kat Sarawak. Tengah keje...Semalam kawan mama bawak pi berbuka kat Sarawak Golf Club. Apalagi, faveret mama la, Butter prawn, Steamed cod fish, pucuk midin, chicken wings and soft tofu...Sedap sehingga menjilat pinggan! hehe takde la..tapi alhamdulillah, rezeki murah benor dtg sarawak bulan2 posa ni...
Lepas makan tu, kami berborak la mcm2. Tetiba James tegur satu old man ni. Dia bawak beg raket yg besar. James kenalkan kami kat dia and dia tengok mknana kami, dia cakap utk berbuka? Yup, mama and kawan mama jawab serentak. Hmm..nice food tapi kenapa tak habis? mama jawab, too full, cannot anymore. "then tapau la..." he said. James pun cakap everytime dia makan sini, dia akan tapau any lauk yg tak dpt habiskan.
Kat sini, moral of the story yg betul2 menginsafkan mama ialah, even the non muslim pun pandai sayang makanan. You know who is the old man?? One of the richest tokey balak kat Kuching. Wow! even rich people pun tak membazir. Cuba ingat balik, setiap kali berpuasa, Org Islam berpusu2 pi makan kat restoran. Mahal tak? Mahal kan..? Makan habis tak?
Kita yg ISlam berpuasa untuk mengenang org2 miskin yg kelaparan, untuk menginsafi diri kita, tapi adakah kita benar2 menghayati erti berpuasa? Nampak macam tak je..Setiap kali berbuka kita beli kemain lagik..Makan sampai tak boleh bangun lagi dah. So, tak sampai mesej yg Allah SWT nak kita rasa.
Bila mama terdengar kata2 uncle yg kaya tu, terus mama teringat adakah selama ini mama betul2 menghayati Ramadhan? Agaknya, disebabkan uncle tu sayang makanan dan tak membazir, rezeki dia murah dan jadi jutawan. Lagipun rezeki tak mengira bangsa dan agama, Allah SWT janjikan sama rata asalkan kita berusaha dan tahu bersyukur. Jadi betullah, Uncle tu berusaha dan bersyukur so that dia tak membazir makanan. Lepas ni, mama akan terapkan dlm family mama skap yg baik mcm ni. Semoga cerita ini menjadi panduan dan pengajaran buat kita bersama...Amin.
Labels:
jadi jutawan mudah,
Jutawan
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)